Friday, 16 May 2014

SIAPA SAYA



Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah. Hadis ada mengatakan;
' Siapa yang kenal dirinya akan Mengenal Allah ".
Firman Allah Ta`ala;


"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri, supaya Hakikat itu boleh terzahir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)

Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri. Jika saya tidak kenal diri sendiri, bagaimana saya hendak tahu perkara yang lain? Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir diri saya, badan, muka, kaki, tangan dan lain-lain anggota saya yang dikurnia ini . Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa saya mengenal Allah. Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri saya,,iaitu bila lapar saya makan, bila dahaga saya minum, bila marah saya memukul dan sebagainya. Jika saya bermaksud demikian, maka haiwan itu sama juga dengan saya. Yang dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;

==========================================

• Apakah ada dalam diri saya ini?

• Dari mana saya datang?

• Kemana saya pergi?

• Apakah tujuan saya berada dalam dunia fana ini?

• Apakah sebenarnya bahagian yang saya terima diatas afa`al dan apakah sebenarnya derita yang dialami hari ini juga kemudian nanti?

 ===========================================

Jika Saya Tidak Mengenal Itu Bagamana Pula Islam Dan Kecintaan Pada Allah Akan Membangkit Dalam Diri Saya?????

JADI APA YANG PATUT KITA LAKUKAN UNTUK MENGENALI ALLAH SWT ADALAH DENGAN MENGENALI DIRI INI..

Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama dapat muhasabah diri dan berdoa agar tidak terjerumus ke dalam lembah yang fana ini… insyaALLAH

3 comments: