Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk
Mengenal Allah. Hadis ada mengatakan;
' Siapa yang kenal dirinya akan Mengenal Allah ".
Firman Allah Ta`ala;
"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami
dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri, supaya Hakikat itu boleh
terzahir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)
Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri. Jika
saya tidak kenal diri sendiri, bagaimana saya hendak tahu perkara yang
lain? Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir
diri saya, badan, muka, kaki, tangan dan lain-lain anggota saya yang dikurnia
ini . Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa saya mengenal Allah.
Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri saya,,iaitu bila lapar saya
makan, bila dahaga saya minum, bila marah saya memukul dan sebagainya. Jika
saya bermaksud demikian, maka haiwan itu sama juga dengan saya. Yang
dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;
==========================================
• Apakah ada dalam diri saya ini?
• Dari mana saya datang?
• Kemana saya pergi?
• Apakah tujuan saya berada dalam dunia fana ini?
• Apakah sebenarnya bahagian yang saya terima diatas afa`al dan apakah sebenarnya derita yang dialami hari ini juga kemudian nanti?
• Dari mana saya datang?
• Kemana saya pergi?
• Apakah tujuan saya berada dalam dunia fana ini?
• Apakah sebenarnya bahagian yang saya terima diatas afa`al dan apakah sebenarnya derita yang dialami hari ini juga kemudian nanti?
===========================================
Jika Saya Tidak Mengenal Itu Bagamana Pula Islam Dan
Kecintaan Pada Allah Akan Membangkit Dalam Diri Saya?????
JADI APA YANG PATUT KITA LAKUKAN UNTUK MENGENALI ALLAH SWT
ADALAH DENGAN MENGENALI DIRI INI..
Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama dapat muhasabah
diri dan berdoa agar tidak terjerumus ke dalam lembah yang fana ini… insyaALLAH

Nice
ReplyDeleteNice blog babybu...z
ReplyDelete:-)
ReplyDelete