Boleh ke sini untuk first day vacation. Cewahh..
Sambugan dari 1st ok...
Hari kedua best. kami berjalan bersiar-siar town Kuala Terengganu. Kami check out dari Unisza pada pukul 7.30pagi. Bergerak ke Ladang Ghasu. Tempat ternakan kambing milik keluarga salah orang dari kawan kami. Comel betul kambing-kambing ni.
Owh before that, kita nak cerita, dulu-dulu time school mama ada bela kambing kat belakang rumah. haha.. comel je rasenye ada kambing belakang rumah. Satu hari tu datang seorang mamat TNB dia cakap. " kak, kambing tak boleh bela kat dalam kawasan rumah TNB."
haha.. mama letak kambing tu dalam kawasan rumah TNB (belakang umah ada rumah TNB ..korang faham x?) lastly kambing-kambing tu dipindahkan ke kampung berdekatan dengan rumah kami. Ada sorang pakcik buat ternakan kambing. "campak belakang"
Berbalik kepada cerita tadi. Perjalanan yang mengambil masa 45minit tu di isi dengan permandangan yang indah. dari bandar hinggalah ke desa.. dari desa hinggalah ke kampung. Sesampai kami dikawasan kambing itu. Ok ayat clinche* kami singgah di sebuah warung comel untuk breakfast.
![]() | |
| Tak nampak mukeku... |
![]() |
| sampai sudah...... |
![]() |
| melawat kambing |
![]() |
| kambing |
Mama baru beranakkan anak kambing ni. kami beri nama baby ni SINTOK. hi sintok baby.. mungkin mama dia terkejut sebab ramai sangat yang datang hari tu sampai terberanak mama dia.. kambing-kambing ni memang jenis kurus a.k.a slim sebab baka dia memang baka slim. Kalau kandang sebelah baka dia baka gemuk. so memang gemuk-gemuk semuanya (maaf kambing kandang sebelah gambar tak ambil)
comelkan..?
selepas meluangkan masa selama 45minit, dengar taklimat, mesra-mesra dengan si kambing kami seperti biasa meluangkan masa untuk makan..yess.. makan time.. menu utama.. NASI DAGANG....sedap bak angg..
nampak disitu hani bersama nasinya.. hahaha...orang baru nak ambil kita da nak tambah lagi.. ;P
selepas kenyang makan kami pun bersiap sedia untuk balik meneruskan perjalanan kami yang masih jauh lagi.. sebelum tu kami sempat memberi sedikit buah tangan kepada pengusaha Ladang Ghasu ni. tak kan datang tangan kosong je kakk..
yess.. thats me inframe with the member. haha.. selesai sudah program di Ladang Ghasu. lepas ni akan bergerak ke KAMPUNG LOSONG..
naik kete minta encik ni hantar kat bas. Tak larat da nak jalan..* nampak tak kemalasannya disitu..hehehe
bersambung..























