Sunday, 11 May 2014

Vacation Ke Terengganu Day 1

Tajuk dah best. Perjalanan lagi best. Tujuan utama hani Ber"Vacation" adalah mengikuti program "Enterprenuer Risk Management" Workshop under Unisza (Universiti Sultan Zainal Abidin).

Awesome..! Kos yang minimun dikenakan kepada kami kerana kami juga merupakan student Risk Management And Insurance yang dijemput untuk menjayakan workshop mereka. Nak tahu berapa RM??

Stay Tuned...

Sekali lagi hani ucapkan AWESOME pd mereka yang menjayakan program tersebut. Berbalik kepada tajuk di atas. VACATION...!

Perjalanan kami dari UUM Sintok memakan masa selama 11jam (lamakan) kerana Pakcik Bas UUM berhenti rehat sebanyak 3 kali rasenya. Melalui laluan lama agak meloyakan tekak kerana perjalanan berbukit bukau dan bersimpang siur dan juga bergedek-gedek. Sebagai warga kota jarang sangat hani lalu jalan macam itu. Tapi takpe. Sebab hani tidur je dalam bas, cuma terbangun bila Pakcik Bas UUM brek mungkin kerana ternampak GAJAH. Yes.. Laluan yang kami lalu memang banyak gajah, lagi-lagi waktu malam.

Kami tiba di Unisza pada pukul 4.30 pagi terus check-in di asrama Unisza yang besar. Satu rumah pecah 6 bilik yang dikongsi oleh 2 orang. Roomate sementara ku Aimi Nadiah together melelapkan mata sebab esok Workshop akan berlangsung.


Auditorium Bangunan Akademik, UniSZA.


tadaaaa. Inilah bangunan kami pergi haritu. Workshop berlangsung dari pagi sampailah tengahari. Kami konon-konon artis datang untuk tengok je. Seorang wakil dari UUM juga present "Speech" dia yang awesome. Kami dihidangkan dengan nasi minyak yang best dan FREE.. =)

Habis sahaja program, kami plan nak tido kat bilik. Lupa nak cerita, Terengganu mengalami jerebu yang dasyat. Sedut je udara rasa macam sedut asap. Masuk bilik macam bau terbakar. Dasyat. Semoga Allah turunkan hujan untuk Negeri Terengganu. aminn.

Back to the story. Pukul 6.00 kami berduyun-duyun berjalan ke pasar malam yang terletak berdekatan dengan Unisza. Akibat keletihan kami gagahkan diri mengeluarkan duit 50sen untuk menaiki van sekolah yang terpacak didepan tempat penginapan. Mengikut kata kawan Hani, van sekolah ini disediakan untuk pelajar Unisza keluar ke pasar malam. Cutekan. Kalau kat UUM free. So student UUM silalah bersyukur.

Pasar malam yang tak berapa nak malam memang best sebab I suke makan. Coconut Shake dia memang best. Dua cawan Hani telan. Member Hani pun telan dua cawan. Mungkin sebab sedap lagi satu panas Terengganu memang menyengat. Gambar takde tapi dont worry Mr.Goole ada.

-Ni lah rupa Coconut Shake-
Selain dari itu makanan yang hani telan akibat dari lawatan ke Pasar Malam Gong Badak adalah Satar dan leher ayam.. uppss..=p feveret..

-Inilah satar. Dont judge by its colour ok guys-


Pukul 7.15pm baru sedar nak balik. Maghrib. Masa balik kami tak dapat naik Van Sekolah sebab geng-geng kami ramai masa tu. Encik-Encik MARIN pun turun. Campur dengan Cik-Cik MARIM. Memang tak muatlah van tu. Kami pun dengan bangganya jalan senja-senja  tu dengan melintasi padang yang besar. Sampai je bilik penginapan terus siap-siap solat, bersiram dengan expressnya sebab pukul 8.30pm nak berjalan sekitar Kuala Terengganu.

Tepat pukul 8.30pm Encik-encik dan Cik-cik rombongan dah berkumpul di depan bas, akibat daripada ketidaksabaran nak melawat Kuala Terengganu. Memula kami melawat ke Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

CANTIK.

-Inilah rombongan Encik Abu Dan Cik Kiah-



 -Hani bersama rumate sementara-









No comments:

Post a Comment